Tuesday, October 6, 2009
Catatan Pertama
Alhamdulilah, setelah sekian lama berkeinginan untuk menulis blog sendiri, akhirnya terlaksana juga. Pagi ini saya mulakan hidup dengan bacaan ya qayyum beberapa kali dengan niat untuk menjadi sedikit rajin hari ini. Syukur Alhamdulillah...dapatlah kemaskan halaman tempat kucing-kucing bermain. Bercakap mengenai kucing, saya masih lagi ada terasa sedikit sedih dan teringatkan Pokka yang mati pada petang Isnin lepas, 5 Oktober 2009 kerana kemalangan. Ini adalah ketentuan Allah. Saya anggap pemergian dia adalah kerana Allah ingin memberi sesuatu yang lebih baik kepada saya. InsyaAllah. Love u Pokka...muah...mak akan ingat Pokka, kucing yang sangat suka kiss pipi mak...., duduk macam orang dan minum mesti tangan kiri cecah air....cerdik sangat.
Subscribe to:
Posts (Atom)