Sunday, January 24, 2010

Azam nak kurangkan cakap pasal orang

Lama dah rasanya tak masuk blog ni dan catat apa yang patut. Susah betul nak jadi baik. Selalu jer jadikan topik orang lain untuk buka perbualan. Kenapa lah ye...rasa macam dah ada sejenis syaitan yang menghasut dan sebati je dalam diri ni bila bercakap pasal orang lain. Semalam ketika bercakap dengan kakak ipar seperti biasa membuka topik perbualan mengenai orang lain. Kakak ipar ada memberitahu yang abang saya menyatakan kenapalah kita asyik kisahkan apa orang lain punya tindakan. Suka hati orang tulah duit dia dan hal dia. Tak ada pun menyusahkan kita. Ada betulnya juga.

Lepas ni bila sesiapa ingin bercakap mengenai orang lain, saya akan berkata di dalam hati lantaklah orang tu punya hal....:)

Friday, December 25, 2009

Buat PhD ker atau Professional

Erm dalam delima sekarang ni. Memang hajat nak buat PhD tapi nak mohon keluar negara. Yelah dah dulu bercita-cita tapi tak kesampaian kerana gawat. Tapi rasanya polisi fakulti sekarang ni dah tak hantar ke luar dah. Sampai bila nak tunggu nasib dan ambil risiko. Kalau ambil professional pulak tak ada kenaikan gaji pun dahlah bayar yuran mahal.

Tapi rasanya cam nak buat dah PhD ni. Mungkin tahun ni siapkan proposal jer dulu. End of the year terus mohon. Tapi nak buat kat mana?Kalau lah boleh pohon mana-mana biasiswa kan best. Yayasan Pahang cam ada tapi mungkin local jer kot. Ok lepas ni nak tengok. Tapi worst come to worst buat kat local dengan belanja sendiri jer. Nak buat kat mana tu satu soalan jugak tu. Rasanya dah terikat dengan Uitm ni tak kanlah belajar kat situ dan kerja pun kat situ. Tak berkembanglah pulak rasanya. Dah masuk UM, UIA dan lepas ni nak kat mana pulak yer...tulah rasa nak buat kat oversea jer...baru best. Tapi rasanya setakat nak PhD tu baik ambil kat tempat yang senang dapat..hehehe...suffer...rasanya masa belajar kat UIA dulu...kat UM ok jer masa degree. Tu pun banyak main. Walau macam mana pun cam nak masuk balik jer antara dua-dua U ni tuk PhD....

TAk pa akan difikirkan dalam masa terdekat ni. Apa-apa pun kena buat proposal dulu tuk tahun 2010.

Wednesday, December 23, 2009

Dah mula buat research

Alhamdulilah....pada pukul 9am ni ada perjumpaan dengan ahli group research pertama di UiTM Shah Alam. Ketua research ni PM Dr. Yani. Tak sangka begitu cepat Allah makbulkan doa saya sekeluarga. Tak sabar rasanya nak confirm. Tinggal research ajer lagi yang x complete.

Kerja kat Shah Alam ni baru rasa macam kerja. Dah nekad dah nak kerja dengan jujur dan amanah. Kawan-kawan yang seusia dengan saya pun dah tulis buku dah. Hem...nak mula buat visi dan misi hidup ni. Sebelum ni hidup macam tak terarah jer. Saya meluahkan isi hati dengan Dr. Yani yang saya sukakan orang-orang kat sini very energitic, friendly, approachable...dan saya rasa welcome by them. Lain rasanya bila di tempat kerja lama yang mana saya kalah dengan persekitaran, bila orang bagi kerja rasa cam beban dan digunakan. Tapi kat sini lain pula. Kerja dan amanah yang orang bagi pada saya macam orang sedar jer kewujudan saya ni.

Makan jarang sorang-sorang. Topik pelbagai dan selalu cakap paal research jer. Memang saya nak jadi baik dan pekerja yang menyumbang kepada UiTM sebagai tanda pernghargaan dan terima kasih yang tak terhingga kepada pencipta yang telah memberikan kebahgiaan yang tak terhingga untuk saya menjalani hidup sebagai hambanya.

Ya Allah kau jauhkan dari ku rasa sedih dan kecewa dalam hidup.

Monday, December 21, 2009

Seronoknya Kerja...

Alhamdulilah....hari ini hari kedua bekerja. Dah ada azam baru dah untuk tahun baru ini iaitu amanah dalam kerja. Nak bekerja dalam eri kata kerja yang sebenar. Kerja sebagai pensyarah ni memerlukan disiplin yang tinggi. Masa yang terluang harus ku selitkan dengan kerja-kerja sampingan seperti membuat research dan juga tulisan untuk dihasilkan buku. Rasanya nak juga buat buku tentang cinta dalam islam. Nak bagi semua orang baca kisah ku...

Rasanya untuk pagi ini, ini cukup dulu. Nak buat research pulak.

Sunday, December 20, 2009

Hari pertama di UiTM Shah Alam

Hari ni saya sampai di UiTM Shah Alam pada pukul 7:08 am. Seronok dan juga sedikit gemebtar juga nak berjumpa dengan Dekan. Bila saja sampai saya dapatai sudah ramai pekerja dah mula buka pejabat. Dapat rasakan suasana kerja yang pantas dan komited. Bila saya berjumpa dengan kerani di kaunter, dia minta saya duduk dulu dan datang semula pada pukul 8am. Nampaknya saya awal...tak pa memang dah niat nak jadi pekerja yang amanah dan membawa makna kepada organisasi tempat saya bekerja ni. Ya Allah kau jauhkan lah sifat malas ku yang sudah lama bersawang dalam hati ini.

Sesudah lapor diri , dapat bertemu dengan penolong pendaftar Pn Hajjah Norhashimah....baik orangnya. Saya diperkenalkan kepada Timbalan Dekan Prof Suzana. Cantik dan lembut orangnya. Sesudah itu saya pergi pula ke bilik Pn Norazah untuk mendapatkan workload untuk semester ini. Sementara menunggu Pn Norazah, saya ke Lab komputer di tingkat 12 untuk membaca email yang dah lama tak buka.

Seronok sangat first day ni. Semasa perbualan dengan timbalan pendaftar, saya dinasihatkan oleh beliau supaya membuat professional secepat mungkin kerana keperluan yang mendesak untuk mendapatkan lecturer untuk kursus professional. InsyaAllah akan ditunaikan permintaan ini. Ya Allah kau batulah hambamu ini untuk menjadi manusia yang berguna terhadap agama mu Ya Allah.

Dah nekad dalam hati nak kerja seamanah mungkin dan hari ni nak balik pukul 4pm. Target hari ini nak jumpa semua resourse persons untuk semua subjects yang akan dipegang. jika semua bercuti, rasanya nak selidik untu research dulu.

Balik nanti insyaAllah nak masak untuk hubby...dah lama dia tak makan masakan air tangan isteri sendiri.

Tuesday, October 6, 2009

Catatan Pertama

Alhamdulilah, setelah sekian lama berkeinginan untuk menulis blog sendiri, akhirnya terlaksana juga. Pagi ini saya mulakan hidup dengan bacaan ya qayyum beberapa kali dengan niat untuk menjadi sedikit rajin hari ini. Syukur Alhamdulillah...dapatlah kemaskan halaman tempat kucing-kucing bermain. Bercakap mengenai kucing, saya masih lagi ada terasa sedikit sedih dan teringatkan Pokka yang mati pada petang Isnin lepas, 5 Oktober 2009 kerana kemalangan. Ini adalah ketentuan Allah. Saya anggap pemergian dia adalah kerana Allah ingin memberi sesuatu yang lebih baik kepada saya. InsyaAllah. Love u Pokka...muah...mak akan ingat Pokka, kucing yang sangat suka kiss pipi mak...., duduk macam orang dan minum mesti tangan kiri cecah air....cerdik sangat.