Erm dalam delima sekarang ni. Memang hajat nak buat PhD tapi nak mohon keluar negara. Yelah dah dulu bercita-cita tapi tak kesampaian kerana gawat. Tapi rasanya polisi fakulti sekarang ni dah tak hantar ke luar dah. Sampai bila nak tunggu nasib dan ambil risiko. Kalau ambil professional pulak tak ada kenaikan gaji pun dahlah bayar yuran mahal.
Tapi rasanya cam nak buat dah PhD ni. Mungkin tahun ni siapkan proposal jer dulu. End of the year terus mohon. Tapi nak buat kat mana?Kalau lah boleh pohon mana-mana biasiswa kan best. Yayasan Pahang cam ada tapi mungkin local jer kot. Ok lepas ni nak tengok. Tapi worst come to worst buat kat local dengan belanja sendiri jer. Nak buat kat mana tu satu soalan jugak tu. Rasanya dah terikat dengan Uitm ni tak kanlah belajar kat situ dan kerja pun kat situ. Tak berkembanglah pulak rasanya. Dah masuk UM, UIA dan lepas ni nak kat mana pulak yer...tulah rasa nak buat kat oversea jer...baru best. Tapi rasanya setakat nak PhD tu baik ambil kat tempat yang senang dapat..hehehe...suffer...rasanya masa belajar kat UIA dulu...kat UM ok jer masa degree. Tu pun banyak main. Walau macam mana pun cam nak masuk balik jer antara dua-dua U ni tuk PhD....
TAk pa akan difikirkan dalam masa terdekat ni. Apa-apa pun kena buat proposal dulu tuk tahun 2010.
No comments:
Post a Comment