Sunday, December 20, 2009

Hari pertama di UiTM Shah Alam

Hari ni saya sampai di UiTM Shah Alam pada pukul 7:08 am. Seronok dan juga sedikit gemebtar juga nak berjumpa dengan Dekan. Bila saja sampai saya dapatai sudah ramai pekerja dah mula buka pejabat. Dapat rasakan suasana kerja yang pantas dan komited. Bila saya berjumpa dengan kerani di kaunter, dia minta saya duduk dulu dan datang semula pada pukul 8am. Nampaknya saya awal...tak pa memang dah niat nak jadi pekerja yang amanah dan membawa makna kepada organisasi tempat saya bekerja ni. Ya Allah kau jauhkan lah sifat malas ku yang sudah lama bersawang dalam hati ini.

Sesudah lapor diri , dapat bertemu dengan penolong pendaftar Pn Hajjah Norhashimah....baik orangnya. Saya diperkenalkan kepada Timbalan Dekan Prof Suzana. Cantik dan lembut orangnya. Sesudah itu saya pergi pula ke bilik Pn Norazah untuk mendapatkan workload untuk semester ini. Sementara menunggu Pn Norazah, saya ke Lab komputer di tingkat 12 untuk membaca email yang dah lama tak buka.

Seronok sangat first day ni. Semasa perbualan dengan timbalan pendaftar, saya dinasihatkan oleh beliau supaya membuat professional secepat mungkin kerana keperluan yang mendesak untuk mendapatkan lecturer untuk kursus professional. InsyaAllah akan ditunaikan permintaan ini. Ya Allah kau batulah hambamu ini untuk menjadi manusia yang berguna terhadap agama mu Ya Allah.

Dah nekad dalam hati nak kerja seamanah mungkin dan hari ni nak balik pukul 4pm. Target hari ini nak jumpa semua resourse persons untuk semua subjects yang akan dipegang. jika semua bercuti, rasanya nak selidik untu research dulu.

Balik nanti insyaAllah nak masak untuk hubby...dah lama dia tak makan masakan air tangan isteri sendiri.

No comments:

Post a Comment