Wednesday, December 23, 2009

Dah mula buat research

Alhamdulilah....pada pukul 9am ni ada perjumpaan dengan ahli group research pertama di UiTM Shah Alam. Ketua research ni PM Dr. Yani. Tak sangka begitu cepat Allah makbulkan doa saya sekeluarga. Tak sabar rasanya nak confirm. Tinggal research ajer lagi yang x complete.

Kerja kat Shah Alam ni baru rasa macam kerja. Dah nekad dah nak kerja dengan jujur dan amanah. Kawan-kawan yang seusia dengan saya pun dah tulis buku dah. Hem...nak mula buat visi dan misi hidup ni. Sebelum ni hidup macam tak terarah jer. Saya meluahkan isi hati dengan Dr. Yani yang saya sukakan orang-orang kat sini very energitic, friendly, approachable...dan saya rasa welcome by them. Lain rasanya bila di tempat kerja lama yang mana saya kalah dengan persekitaran, bila orang bagi kerja rasa cam beban dan digunakan. Tapi kat sini lain pula. Kerja dan amanah yang orang bagi pada saya macam orang sedar jer kewujudan saya ni.

Makan jarang sorang-sorang. Topik pelbagai dan selalu cakap paal research jer. Memang saya nak jadi baik dan pekerja yang menyumbang kepada UiTM sebagai tanda pernghargaan dan terima kasih yang tak terhingga kepada pencipta yang telah memberikan kebahgiaan yang tak terhingga untuk saya menjalani hidup sebagai hambanya.

Ya Allah kau jauhkan dari ku rasa sedih dan kecewa dalam hidup.

No comments:

Post a Comment